Menu baru Tavern Kitchen & Bar menawarkan kombinasi di antara menu pilihan yang menjadi kegemaran ramai, tetapi turut menawarkan pilihan menu yang unik dan sudah semestinya hanya boleh di dapati di restaurant kami yang terletak di pusat beli belah Imago. Jom datang dan kunjungi kami serta mencuba resepi baru kami yang sudah semestinya tidak akan mengecewakan anda.
Jika ini adalah kali pertama anda datang untuk mencuba menu baru kami, kami menyarankan agar anda mencuba Secret Duck Burger kami. Rahsianya? Sudah temtu pada pati daging itik yang di buat segar oleh chef-chef kami dengan menggunakan 150g daging cincang itik premium di tambah dengan rempah ratus yang berkualiti tinggi. Dihidangkan bersama dengan bun burger yang lembut dan salad sayur-sayuran yang segar, sudah tentu ianya akan menambah lagi rasa pada hidangan kami. Bukan itu sahaja, kentang goreng turut disajikan bersama.
Sementara anda menunggu Secret Duck Burger anda di masak oleh chef-chef kami, kami menyarankan agar anda memesan sup sebagai pembuka hidangan anda. Restaurant kami menawarkan 3 jenis sup iaitu creamy pumpkin soup, fresh wild mushroom soup dan soup of the day. Jangan risau, krew kami sedia membantu anda dalam membuat pilihan.
Tidak lengkap dikatakan jika hidangan anda tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Oleh itu, kami menawarkan 6 jenis pencuci mulut. Pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai serta popular di Kota Kinabalu, sudah tentunya pencuci mulut di restaurant kami iaitu Boom Boom Sizzling Brownie. Brownie ini dihidangkan di atas hot plate bersama dengan aiskrim dan sos coklat. Kami juga menawarkan Hummingbird Cake, Zesty Lemon Tart, dan Classic Crème Brulee. Bagi peminat aiskrim, anda boleh memesan aiskrim bersama hiasan atas yang lazat sebagai pemcuci mulut anda. Untuk minum petang kami menawarkan scones with cream and jam.
Di Tavern Kitchen & Bar, anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan sama ada hidangan barat sehinggalah ke hidangan tempatan masyarakat Kadazandusun seperti hinava, tuhau dan bambangan. Bahan-bahan yang kami gunakan sudah tentu segar dan berkualiti tinggi, agar anda mendapat yang kualiti terbaik dari kami pada setiap masa.
Tunggu apa lagi? Kunjungi kami segera!!
Untuk tempahan sila hubungi kami di :
+60-12-5860093
Contact Us Now!