Tavern Kitchen & Bar adalah tempat yang patut ditujui di Kota Kinabalu Sabah, untuk menikmati makanan tempatan asli yang dimasak segar dan makanan barat yang menggoda, di samping masakan kacukan yang kreatif. Namun begitu, sekali skala, kami ingin memberi para pelanggan kami sesuatu yang lebih istimewa untuk menunjukkan penghargaan kami atas sokongan dan langganan mereka yang berterusan. Bermula pada bulan ini, sesuatu yang menarik menanti anda apabila anda datang ke restoran kami untuk menikmati makan malam.
Setiap Selasa, dari jam 7.00 malam hingga 9.00 malam, anda akan dipukau dan dipikat oleh para penari gelek kami yang cantik-cantik. Makanlah sambil menikmati gerak-geri mereka yang lembut dan menawan. Tarian gelek, yang dianggap sebagai tarian yang tertua oleh para ilmuwan, dipercayai berasal dari Timur Tengah, rantau Mediterranean, dan kawasan timur laut benua Afrika. Beberapa sumber pula mendakwa bahawa para pembina piramid Mesir purba adalah penari-penari gelek. Tidak kiralah dari mana asalnya tarian ini, tarian gelek secara tradisionalnya dipersembahkan oleh wanita untuk wanita lain, dan menjadi suatu kelaziman semasa majlis-majlis rasmi seperti upacara penyuburan atau majlis sebelum perkahwinan. Di Afrika, wanita menari di pasar-pasar untuk mengutip wang yang diperlukan untuk membayar hantaran kahwin. Duit-duit syiling yang diperoleh dijahit ke dalam pakaian mereka sebagai tempat simpanan yang selamat. Hanya pada awal abad ke-20 ini sahaja tarian gelek mendapat sambutan seluruh dunia, dan dipersembahkan di majlis-majlis awam seperti karnival dan pesta ria. Hanya pada zaman inilah tarian gelak mula dipersembahkan di hadapan penonton lelaki dan juga perempuan.
Setiap hari Khamis, anda kini boleh menyertai Komuniti Tango Kota Kinabalu untuk menunjukkan kelicikan anda menari tango. Hari Khamis adalah Malam Tango Argentina di Tavern, dan medan tari terbuka untuk tari-menari sosial. Penggemar tarian dan orang lain semuanya dijemput berlegar-legar sambil bermesra dan berseronok melakukan tarian yang disukai ini.
Pada hari Sabtu dan Ahad kedua setiap bulan, anda berpeluang menikmati persembahan budaya tradisional dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Marilah bersama-sama kami untuk menonton tarian tradisional Sumazau dan tarian buluh Magunatip. Bagi orang Sabah, tarian ini dianggap sebagai tarian hulubalang. Para penari mesti berhati-hati dan menumpukan perhatian pada langkah kaki mereka apabila mereka meloncat-loncat di antara batang-batang buluh yang bergerak-gerak mengikut rentak. Penari hendaklah cukup mahir dan lincah untuk mengikuti rentak yang betul di celah batang-batang buluh yang diketuk pada satu sama lain untuk menghasilkan rentak yang menarik. Penari perlu memastikan kaki mereka tidak tersepit di antara batang buluh yang dirapatkan semasa diketuk.
Tunggu apa lagi? Datanglah ke Tavern Kitchen & Bar di Pusat Beli-belah Imago untuk bersuka ria dan berseronok sambil menikmati makanan Sabah dan masakan barat kami yang lazat, yang mengandungi segala rasa yang ditawarkan oleh Kota Kinabalu.