Alangkah puasnya meminum semangkuk sup panas, terutamanya pada musim hujan. Sesungguhnya, sup memang menenteramkan jiwa. Kami sendiri pun gemar meminum sup, dan kami harap anda akan menyukai apa yang kami tawarkan di sini.
Ada dua jenis sup, iaitu sup jernih yang cair dan sup berlemak yang pekat, dan kami ada kedua-duanya. Cubalah Creamy Spiced Pumpkin Soup kami, iaitu sup labu lemak berempah, Mario’s Mushroom Soup iaitu sup cendawan berlemak, atau Chicken Soup for the Heart iaitu sup ayam yang jernih. Kami menyediakan sup-sup ini setiap hari menggunakan bahan-bahan bermutu tertinggi yang kami beli segar di Pasar Besar Kota Kinabalu.
Buka selera dengan Creamy Spiced Pumpkin Soup kami. Di negara-negara barat, ini hidangan kegemaran sempena Hari Kesyukuran tetapi anda boleh menikmatinya di Tavern Kitchen & Bar pada mana-mana hari. Labu manis dibakar sehingga sempurna, kemudian dilecek dan direbus di dalam sup. Seterusnya sup itu dibiarkan mereneh setelah ditambah krim segar dan herba-herba wangi sehingga pekat. Hasilnya ialah sup yang lazat berlemak dan sangat berkhasiat. Ini cara yang baik untuk membangkitkan selera sebelum menikmati hidangan utama.
Anda juga boleh mencuba Chicken Soup for the Heart ciptaan kami, yang dimasak dengan kepingan dadu daging dada ayam, lobak merah, halia, bawang, kentang dan pasta fusili. Sup ini memang mengenyangkan dan pasti akan disukai oleh penggemar sup ayam. Lagipun, daging dada ayam, iaitu bahagian yang paling sedikit kandungan lemaknya, membekalkan protein bermutu tinggi yang rendah lemak. Hidangan yang dipadankan dengan sayur-sayuran berubi yang berkhasiat ini juga cukup mengenyangkan untuk dimakan sendiri sebagai hidangan utama.
Bagi peminat sup cendawan, anda mesti mencuba Mario’s Mushroom Soup kami yang istimewa. Sup yang lazat ini dibuat dengan cendawan segar yang paling bermutu, dipekatkan dengan lemak dan dicampurkan herba-herba wangi untuk memuaskan selera anda. Cubalah sebagai pembuka hidangan yang enak.
Anda juga boleh menanya kakitangan kami yang peramah, sup apa yang menjadi Soup of the Day pada hari itu. Anda mungkin tidak akan menyangka apa yang akan kami tawarkan.
Sebagai hidangan ringan, iringi sup pilihan anda itu dengan Crispy Cheese Sticks iaitu jejari rangup berkeju, yang dihidangkan bersama sos cecah tomato berempah buatan sendiri, ataupun Beefy Sandwich iaitu sandwic daging, yang diiringi jejari kentang goreng.
Kunjungilah kami di Pusat Beli-belah Imago. Semuanya disediakan segar dan istimewa untuk anda!